Sungguh, tersentuh hati aku bila baca entri kau. Aku rasa nak menangis peluk kau dan tanya mengapa friendship kita jadi sebegini. Ianya bukan sekadar friendship, aku tahu.
Aku juga bodoh, aku juga bebal. hati dah berteriak rindu tapi masih kelam mahu beradu sorang2. Aku cuma rindu moment kita, yang dulu. Mungkin hati kita sama.
Aku tahu, banyak benda yang boleh menghubungkan kita. Melodi, rentak lagu, lirik, banyak. Aku hanya dapat melepaskan perasaan aku pada makna sesebuah lagu.
Kimia, sesuatu bahan yang kita kaji, dan akan terlihat hasilnya. Sama juga seperti perhubungan. Kita mengkaji, dan mendalami. Saat akhirnya, kita dapat tahu apa hasilnya. Saat ini, aku lah kimia.
Cuma, aku tak mampu nak berdiri teguh seperti dulu. Aku dah jadi seperti pemangsa buli yang di tumbuk sehingga terjatuh, dan beredar begitu sahaja.
Tolong aku.
20110425
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment